STITNU Sakinah perkukuh jaringan global melalui Program International Mobility bersama UUM dalam Program EEPD AHSGS 2025
Program mobiliti antarabangsa ini telah melibatkan penyertaan tujuh pelajar dari Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Nahdlatul Ulama (STITNU) Sakinah, Indonesia.

Ketua LPPM STITNU Sakinah Dharmasraya Dr. Adi Fitra Andikos berkata, penganjuran program ini merupakan platform strategik dalam memperkukuh hubungan akademik serta memperluas jaringan kolaborasi antara UUM dan institusi pendidikan tinggi luar negara, khususnya di rantau ASEAN, terkhusus Malaysia.
Menurutnya, sepanjang program dua minggu ini, peserta didedahkan dengan kelas intensif Bahasa Inggeris, kursus pengurusan pendidikan, serta pelbagai aktiviti luar kelas seperti lawatan, sukan dan rekreasi.

Pelaksanaan aktiviti secara bersemuka di Kampus UUM ini turut melibatkan kerjasama pensyarah, staf pentadbiran serta pelajar UUM.
“IMPACT 2025 bukan sahaja meningkatkan kefahaman pelajar antarabangsa mengenai sistem pendidikan tinggi di Malaysia, malah turut memberi pendedahan dalam aspek kepimpinan akademik, pengurusan institusi serta pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Program ini dijangka memberi manfaat besar kepada STITNU Sakinah Dharmasraya termasuk meningkatkan reputasi dan keterlihatan STITNU Sakinah Dharmasraya di peringkat antarabangsa, selain STITNU Sakinah Dharmasraya juga dapat meneroka peluang baharu untuk kolaborasi akademik, pendidikan, penerbitan dan aktiviti pelajar serta membuka ruang mobiliti inbound dan outbound pelajar serta staf, khususnya antara Malaysia dan Indonesia,” .
Pada akhir program, setiap peserta menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan mereka dalam inisiatif mobiliti antarabangsa anjuran AHSGS.